30 September 2017

BERTUNANG 6 OKTOBER INI - SUFIAN 'HADIAHKAN' ELFIRA SEBUAH LAGU


Penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan berita baik dari pihaknya dan pelakon Elfira Loy, dimana pasangan ini sudah menetapkan tarikh melangsungkan majlis pertunangan iaitu pada 6 Oktober ini.





Kata Sufian, lokasi majlis tersebut pula akan diadakan di kediaman keluarga Elfira di ibu kota.

Sementara itu, Elfira namapaknya beruntung badan dijodohkan dengan seorang penyanyi, bukan sahaja ketika merajuk boleh dipujuk dengan suara merdu malah diciptakan pula lagu khas buatnya.

Ini kerana Sufian memberitahu bahawa single lagu terbarunya, 'Terasa Ada' diinspirasikan oleh rasa cinta sejak bertemu dengan wanita kesayangannya.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya, lagu ini dirakam Mei lalu selepas sedikit demi sedikit idea muncul di minda. Malah, korusnya sudah pun mula dicipta sejak tahun lalu.

"Saya sendiri pernah memuatnaik sebahagiannya ke laman sosial sebagai 'teaser'. Lagu itu bagaimanapun siap sepenuhnya pada tahun ini.

"Ia boleh dikatakan dilancarkan tepat pada waktunya dengan apa yang saya alami ketika ini. Begitupun, secara keseluruhannya ia juga sesuai untuk pasangan bercinta lain di luar sana.



"Waktu itu, 'roh' lagu berkenaan belum ada. Namun, ketika proses menyiapkannya, saya bertemu cinta.

"Ia berkisar bagaimana seseorang itu mahu meluahkan betapa dirinya jatuh cinta terhadap pasangan. Ibarat tiada apa dapat memisahkan mereka.

"Apapun terjadi, mereka tetap akan bersama," jelasnya kepada Berita Harian Online.

Buat pasangan ini, kami doakan semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: