29 September 2017

PERKAHWINAN JOY REVFA DENGAN BEKAS SUAMI DI SONGKHLA SAH


Pada tanggal 28 September (semalam), Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengesahkan pernikahan usahawan produk kosmetik, Siti Arifah Mohd. Amin, 30, yang dikenali Joy Revfa dengan suami terdahulunya, Datuk Mohd. Rayus Abdul Rahim, 46, sah mengikut syarak.





Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah.

"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi.

Klik untuk gambar besar


"Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak," katanya ketika membacakan penghakiman.

Joy diwakili peguam syarie Aznor Suhaida Dollah manakala Mohd Rayus atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran hadir tanpa peguam.

Pada 23 Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan pengesahan pernikahan antara beliau dan bekas suaminya itu.

Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.



Terdahulu, dalam prosiding semalam, saksi yang juga adik Joy, Mohd Zarif, 26, memberitahu mahkamah, beliau mengetahui mengenai pernikahan kakaknya itu tetapi tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy dengan Mohd Rayus di Mahkamah Syariah, dalam masa terdekat.

"Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat," jelasnya.

Untuk makluman, Joy kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan selebriti Hafiz Hamidun, 33, pada 1 Mei lalu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: