29 September 2017

BAKAL TIMANG 'BABY GIRL' - FIZO OMAR & ISTERI RASA TERUJA


"Secara rasminya doktor kata 99.9% adalah perempuan!," ucap Fizo Omar dengan perasaan yang cukup gembira apabila kandungan isterinya, Mawar Karim disahkan seorang bayi perempuan.





Dengan usia kandungan yang telah mencecah 24 minggu, pasangan ini telah mengumumkan jantina anak mereka di laman Instagram.

Fizo dan Mawar kelihatan sangat gembira dengan berita ini dan telah berkongsi video imbasan ultrasound yang jelas kelihatan keadaan anak di dalam kandungan.

Klik untuk gambar besar


Menurut mereka, anaknya kini sudah mencecah berat 600 gram dan bersyukur kerana semuanya dalam keadaan yang cukup sifat atau sempurna.

Dalam masa itu, Fizo turut sempat mengusik perubahan isterinya yang semakin berisi sejak mengandung.

Apapun, tahniah buat mereka berdua dan semoga semuanya dalam keadaan yang baik.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Fizo Omar IG & Mawar Karim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: