29 September 2017

JARI DIMASUKKAN BESI - AWIE AMBIL IKTIBAR, LEBIH BERHATI-HATI


Dek kerana 'merawat' sendiri kecederaan akibat terlanggar objek, jari kelingking pada tangan kanan penyanyi rock, Datuk Awie telah dimasukkan dua besi bagi menyokongnya dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat sebulan.





Kongsi Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, insiden tersebut telah menyebabakan jarinya 'terkepak' hingga kebas, baru-baru ini.

"Saya terasa jari kelingking sakit apabila terlanggar sesuatu objek dan kedudukannya berubah.

"Tidak memikirkan sebarang kemungkinan buruk, saya membetulkan sendiri kedudukan jari berkenaan. Ketika itu, jari kebas dan saya tak rasa apa-apa," ujar Vokalis kumpulan Wings.

Klik untuk gambar besar


Menyedari keadaan tidak pulih, Awie bergegas mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta, di sini.

Awie memberitahu, doktor memintanya berehat sebulan agar jari kelingkingnya itu pulih sepenuhnya.

"Doktor memasukkan dua besi bagi memperbaiki kedudukan yang berubah itu. Mungkin saya perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana menyedari usia tidak lagi seperti dulu.



"Biarpun diberi cuti sebulan, komitmen kerja padat. Saya ada persembahan pada Sabtu dan Ahad ini. Kalau boleh, saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak," katanya yang dimasukkan ke wad selama tiga hari.

Vokalis Wings itu memberitahu, dia pernah berhadapan situasi sama apabila tangan kirinya cedera ketika bersilat sambil mendendangkan lagu Taming Sari dalam satu persembahan.

Mengambil iktibar dengan insiden yang menimpa, Awie mahu lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: