29 September 2017

"TAKKAN BUKA HIJAB, PERNAMPILAN INI SAYA DIPANDANG" - NEELOFA


Walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman, Noor Neelofa, 28, yang menyedari hal itu mempertahankan fesyennya yang disifatkan ada gaya sehingga beliau dipandang orang luar negara.





Baru-baru ini, laman sosial Instagram artis wanita itu dihujani pelbagai komen daripada netizen berhubung gambar yang dimuatnaik beliau.

Beliau telah dikecam apabila dirinya konon memakai jeans menampakkan bahagian lutut, begitu juga sewaktu dirinya mengenakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali.

Kata pelakon dan pengacara ini, beliau takkan sesekali membuka hijab kerana masih tahu menjaga batas penampilan agar tidak tersasar daripada imej wanita bertudung.

Klik untuk gambar besar


"Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.

"Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan 'inner' (pakaian dalam) bersama jeans itu.

"Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan.

"Dengan penampilan saya ini jugalah saya diterima dan dipandang oleh orang luar ketika berada di Milan dan New York.



"Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya sebenarnya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana," katanya.

Malah disebabkan penampilannya mengenakan jeans koyak di lutut dan memaka turban di kepala hingga menampakkan sedikit anak rambut, ramai yang menyuruh Neelofa tanggalkan saja tudungnya jika ingin berfesyen seperti itu.

Namun begitu, Neelofa tidak pernah menyesal membuat keputusan bertudung dan memberontak hingga ingin membukanya.



"Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal.

"Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh bergaya juga," jelasnya.

Apapun, kami harap Neelofa bertabah menjadi selebriti pujaan ramai kerana pasti ada sahaja mata yang memandang mencari kesalahan.

Jika diambil dari sudut positifnya pula, mungkin kata-kata nasihat dan teguran yang diberikan itu tandanya peminat sayangkan Neelofa.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: