29 September 2017

RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN - SAJAT MINTA DOA BAIK-BAIK


Jika anda pengikut setia Nur Sajat Kamaruzzaman di laman Instagramnya, pasti anda sudah tahu yang kini pengasas kosmetik terkenal tersebut tengah hangat bercinta dengan jejaka sado dikenali Coach Yin.





Untuk pengetahuan anda, Coach Yin ini sebenarnya merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium dan juga mengusahakan perniagaan atas taliannya sendiri menjual produk-produk kecergasan.

Sejak akhir-akhir ini, selalu juga Sajat memuatnaik gambar mereka bersama, namun tidak diketahui hubungan cinta mereka sudah bersemi sejak bila.

Coach Yin juga kelihatan amat selesa dengan pengusaha kosmetik itu, malah dia juga tidak segan-silu menunjukkan kemesraan mereka di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Nampaknya Sajat sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga apabila beliau menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan dengan jajaka berbadan sasa itu.

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya.

Bagi Sajat, dia lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kepada umum mengenai hubungan cinta.



"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," ujarnya.

Kalau diikutkan gosip diantara mereka sudah agak lama diperkatakan ramai apabila mereka sering dilihat 'berkepit' ke hulur ke hilir.

Namun jika masih ingat sebelum ini Sajat masih cuba untuk menyembunyikan hubungan mereka, mungkin masa itu baru mengenali hati budi agaknya.

Fuhh... nampaknya tertutuplah peluang bagi semua jejaka yang berniat untuk menyunting hati Sajat. Apapun, kita doakan semoga urusan perkahwinan Sajat dipermudahkan nanti.














www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: