28 September 2017

ISU FESYEN DI FFM29 - BAPA MIA SARA TAMPIL MOHON MAAF


"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu.





"Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas.

"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir.

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum. Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu.

Klik untuk gambar besar


"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik.

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," demikian kata Muhammad Ridhuan yang menerima teguran netizen mengenai tudung singkat dan baju ketat anaknya seorang pelakon cilik, Mia Sara Nasuha, 12.

Sebelum ini, kehadiran pelakon 'Strawberi Karipap' di Festival Filem Malaysia yang ke-29 baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.



Mia Sara yang menggayakan busana berwarna merah di FFM29 itu telah dikritik oleh netizen kerana mengikut bentuk badan.

Bukan itu sahaja, rata-ratanya turut mempertikaikan tudung yang dipakai Mia terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada dan tidak sesuai untuk remaja usiannya.

Dek kerana itu, bapa Mia Sara mengambil langkah untuk memohon maaf atas pakaian anaknya itu walaupun ia bukanlah isu besar.

Namun keprihatinan para netizen juga harus dipuji. Kritik itu tandanya sayang. Mungkin mereka tidak mahu melihat Mia Sara tersasar daripada jalan yang lurus.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: