17 September 2017

DALAM VIDEO 'SEKSI' KEDUA - FATHIA LATIFF MENGAKU DIRINYA


Sebelum ini, pelakon baru Natasha Elyzza mengeluarkan kenyataan bahawa wanita bersamanya dalam video Bigo Live yang tersebar itu bukan Fathia Latiff tetapi rakannya yang mirip pelakon popular terbabit.





Namun begitu segalanya berubah apabila wanita mirip dengan pelakon popular itu mengakui dia ialah Fathia menerusi video kedua Bigo Live yang turut tersebar.

Melalui video kedua yang kini menjadi tular di media sosial, wanita mirip Fathia dilihat hanya bertuala ketika muncul di siaran Bigo secara tidak sengaja dan wajahnya kelihatan lebih jelas.

Pada mulanya, Natasha bagaikan cuba melindungi Fathia yang tiba-tiba muncul dalam keadaan berkemban tersebut. Menyedari dirinya berada di dalam video, Fathia kemudiannya keluar daripada rakaman.

Klik untuk gambar besar


Namun tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara – "mengaku je lah. Ha, Fathia".

Bagaimanapun, dalam siaran itu, Natasha dilihat memarahi netizen yang bertanya sama ada wanita yang berkemban dengan tuala itu Fathia.

Dalam itu video itu juga, Natasha dilihat menegur wanita mirip Fathia yang dia sedang bersiaran di Bigo Live dan dibalas sambil berseloroh oleh wanita tersebut: "Itulah pasalnya... jangan main (Bigo Live) kalau aku ada".

Bukan itu sahaja, wanita mirip Fathia kemudiannya mengakui dia ialah Fathia berikutan komen-komen netizen.



Mungkin tidak berpuas hati dengan komen-komen itu, Natasha juga kemudiannya mengakui wanita itu Fathia sambil bertanya apa masalah netizen jika benar wanita itu Fathia.

Dalam masa sama, Natasha turut bertanya jika netizen yang menyaksikan siaran Bigo Live itu mempunyai masalah dengan artis.

Kelmarin telah tersebarnya rakaman video Bigo Live pertama Natasha yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara.



Dek kerana video tersebut, Fathia yang menerima kecaman hebat di laman Instagram mengambil pendekatan tidak memberi komen ketika ditanya pemberita sama ada wanita itu benar dirinya.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada adakah Fathia yang muncul dalam video pertama sebab Natasha kata bukan Fathia. Mungkin juga Fathia datang selepas video pertama tamat, boleh jadi juga'kan?

Apa pun, sebagai seorang selebriti yang sebenarya menjadi perhatian masyarakat dan kehidupan selalu diperhatikan, adalah baiknya untuk menjaga setiap tingkah laku.

Tapi sebagai manusia, kesilapan tetap terjadi dan sepatutnya apa yang berlaku jadikanlah pengajaran.


VIDEO KEDUA MIRIP FATHIA LATIFF TERSEBAR


ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: