17 September 2017

GARA-GARA RAMBUT 'PERANG' - FARID KAMIL 'BERKURUNG' SEMINGGU


Selepas terpaksa mengubah warna rambutnya kepada 'perang' untuk disesuaikan dengan tuntutan karakter dalam drama bersiri terbaru, 'Lafazkan Kalimah Cintamu', pelakon Farid Kamil, 36, mengakui yang beliau terpaksa 'berkurung' seminggu di rumah kerana malu bertemu orang ramai.





"Seminggu saya tak keluar rumah kerana malu berdepan dengan khalayak gara-gara berambut perang. Saya rasa janggal biarpun Diana sering meyakinkan saya, tiada apa yang pelik dengan imej itu.

"Tidak tahu kenapa saya begitu risau, mungkin kerana tidak biasa mewarnakan rambut. Setiap kali orang menegur mengenai rambut, saya jadi segan dibuatnya," katanya.

Selain Farid, drama adaptasi novel itu turut menampilkan pasangan pelakon adik-beradik, Nelydia dan Uqasha Senrose selain Azhar Sulaiman serta Ellie Suriaty.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Farid berkata yang dia juga sedang memikirkan kemungkinan akan membotakkan rambutnya jika masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan imej baharu itu.

"Saya bagaimanapun, terpaksa tunggu selesai penggambaran drama itu sebelum membuat keputusan. Pernah juga terfikir untuk membotakkan kepala, tetapi saya akan lihat dulu bagaimana nanti," ujarnya.

Selain penggambaran drama terbaru, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga sedang sibuk menjayakan promosi filem 'Tombiruo: Penunggu Rimba' yang akan menemui peminat bermula 12 Oktober ini.

Farid juga bakal muncul dengan filem 'Pinjamkan Hatiku' yang akan ditayangkan pada 30 November ini.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: