24 September 2017

DIDAKWA BAKAL IKUT JEJAK UQASHA: "SELAGI TUHAN PEGANG HATI" - FATHIA LATIFF


"Saya tidak kisah jika berterusan dikecam, tapi apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu.





"Saya tahu ibu begitu kecewa, tetapi semuanya sudah berlaku. Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya.

"Alhamdulillah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakangkan saya.

"Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar," tutur pelakon Fathia Latiff, 30, yang akur dirinya belum sempurna.

Meskipun begitu, Fathia berkata yang dia tidak pernah jemu memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam mencari kehidupan diredai.

Klik untuk gambar besar


Ketika berdepan episod memalukan itu, ketabahan Fathia sekali lagi diuji apabila namanya digugurkan daripada produksi drama La Luna ekoran masalah disiplin.

Bagi pelakon yang turut menyerlah menerusi drama Pelan Cinta Tak Jadi dan Dia Isteri Luar Biasa ini, dia menyerahkan masa depannya dalam dunia lakonan kepada ketentuan Allah.

"Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis.

"Jika ditakdirkan perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah," kata pelakon yang mencipta populariti menerusi drama 'Ariana Rose'.



Dalam masa sama, Fathia meminta agar dirinya diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya sekaligus memperbaiki keimanan dirinya yang masih terumbang ambing.

Pun begitu, Fathia tegas mengatakan dirinya tidak akan sesekali membuka tudung biarpun ramai yang mendakwa pelakon itu bakal mengikut jejak Uqasha Senrose.

Fathia juga turut menegaskan yang dia tidak pernah terlintas di sudut hatinya untuk menjatuhkan maruah wanita berhijab.

"Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri," jelasnya.



Biarpun pada awalnya berdolak-dalik mengenai identiti sebenar gadis berahi di dalam video yang tersebar, Fathia tidak mampu lagi menyembunyikan perkara itu.

Walaupun saban hari Fathia digasak dengan hentaman dan cacian peminat, beliau kesal kontroversi yang melanda dirinya turut mengheret maruah keluarganya sekali.

Sebelum ini, beberapa video menunjukkan Fathia yang kelihatan seperti 'mabuk' sedang menari sambil memaparkan sebahagian payu daranya tersebar di media sosial.

Lebih parah lagi apabila aksinya itu dirakam dalam aplikasi 'Live Bigo'. Tidak lama kemudian nama Fathia terus hangat apabila beliau digugurkan dalam sebuah drama kerana masalah disiplin.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: