24 September 2017

ISU CIUM: TAK KISAH DIHENTAM - JANNA NICK MOHON JANGAN LIBAT MAK AYAH


Semua mengetahui mengenai video tersebar di media sosial yang telah mengundang perbalahan dikalangan peminat apabila memaparkan aksi bercium diantara Fattah Amin dan Janna Nick.





Dek kerana video itu, ramai yang rasa kecewa dan menghentam kedua-dua pelakon tersebut kerana menganggap aksi tersebut hanya akan menggalakkan gejala tidak sihat dikalangan remaja.

Sementara itu, Janna, 22, menerusi laman Instagram berkata, biarpun adegan yang dilakonkan itu tidak melibatkan sentuhan kulit, namun dia terima pendapat dan kritikan yang dilemparkan berkenaan aksi tidak senonoh tersebut.

Adegan aksi bercium dalam drama adaptasi Korea, 'Coffee Prince' itu sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan.

Namun pinta Janna pada netizen yang kurang senang dengan adegan ciumnya bersama Fattah tidak mengaitkan ibu bapanya jika ingin mengkritik.

Klik untuk gambar besar


Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, dia menerima segala pendapat dan kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan... sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..

"Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya," ujarnya menerusi kenyataan di laman sosial Instagram.

Terdahulu salah satu adegan di dalam drama adaptasi Korea, Coffee Prince itu menunjukkan Fattah dan Janna seolah sedang bercium dan melaga-laga pipi diantara satu sama lain.



Aksi yang dimuatnaik itu, sekaligus mencetuskan perbalahan diantara peminat yang mempertikaikan tahap pendidikan agama kedua pelakon terbabit yang beragama Islam.

Bagaimanapun selaku pengarah drama, Micheal Ang menafikan kontroversi itu dan menyifatkan dirinya sedar sebagai rakyat Malaysia, beliau masih peka dengan isu sensitif seperti itu.

Menurutnya beliau hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah Janna dan tiada sentuhan kulit berlaku.

Namun sehingga kini biarpun pengarah drama terbabit sudah menjelaskan apa yang berlaku, peminat masih merasakan adegan seumpama itu tidak sepatutnya dilakukan.

Walaupun kulit tidak bersentuhan pada dasarnya, namun jika dilihat sekali pandang mereka sememangnya nampak seperti bercium, sekaligus mengundang fitnah.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: