"Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku dan rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri! Kita maafkan dan berdoa kan untuk dia agar benda-benda bodoh seperti ini tak terjadi lagi! #staystrong #everyonemakemistake #atleastmengakudarilari

"@fatiyalatiff stay strong aje la dan jangan buat benda bodoh lagi," tulis pengarah Michael Ang yang berharap agar netizen dapat memaafkan pelakon Fathia Latif.
Sebelum ini, Fathia tampil mengaku dan meminta maaf kerana menyesal dengan kelakukannya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar

Pada hari Jumaat lalu, video kontroversi melibatkan Fathia dan pelakon baru Natasha Elyzza viral di media sosial menyebabkan kedua-dua mereka dikecam teruk oleh pengguna laman sosial.
Bagaimanapun, selepas Fathia dan Natasha memberikan kenyataan mengenai kontroversi tersebut, video kedua pula tersebar pada pagi Sabtu.


www.myartis.com / Sumber: Michael Ang IG
________________________

No comments:
Post a Comment