24 September 2017

9 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY KE-7 NOAH, ANAK ASHRAF SINCLAIR & BCL


Pada 22 September lalu, anak kepada pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Noah Sinclair telah genap usia 7 tahun.





Demi hari istimewa tersebut, Ashraf bersama isterinya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat anak kesayangan mereka yang bertemakan filem popular 'Harry Potter'.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, Noah kelihatan sangat comel ketika menyarungkan busana menyerupai 'Harry Potter' dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya.

Klik untuk gambar besar

















www.myartis.com / Foto: Bunga Citra Lestari IG, #noahtirn7 & #noahsinclair


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: