25 September 2017

BERTUDUNG NAMPAK RAMBUT - FATHIA LATIFF TERIMA KECAMAN


Nampaknya pelakon Fathia Latiff sekali lagi dikecam apabila gambar dirinya mengenakan selendang warna hitam tetapi menampakkan sebahagian rambut yang berwarna perang ketika bersama penyanyi Indonesia, Marcell.





Gambar Fathia bersama penyanyi Indonesia yang masih kini berada di Malaysia itu telah mengundang kritikan hebat dari netizen.

Nama Fathia sebelum ini menjadi sebutan netizen untuk sepanjang minggu ini dek kerana menari seksi di siaran langsung 'Bigo Live' dalam rangkaian milik pelakon baru Natasha Eyzza.

Walaupun pada mulanya Natasha menafikan wanita yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara itu Fathia, pelakon yang popular dengan drama 'Arianna Rose' itu akhirnya tampil membuat pengakuan yang memang dia yang menari dalam siaran langsung itu.

Klik untuk gambar besar


Meskipun menutup bahagian komen di gambar yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya itu, pengguna Instagram masih berpeluang meninggalkan komen yang tidak dimatikan pada gambar yang lain.

Dalam komen tersebut, ada yang menyarankan sebuah syarikat kosmetik menamatkan kontrak Fathia untuk menjadi duta produknya:

Malah ada juga yang bertanya jika perniagaan tudung Fathia tidak sebegitu menguntungkan, yang menyebabkan dia menunjukkan ciri-ciri ingin berhenti memakai tudung:



Bukan itu sahaja, ada yang menuduhnya munafik dan penunggang agama serta bermacam-macam komen pedih lain telah ditinggalkan Netizen:

Beberapa hari lepas, Fathia pernah meluahkan rasa penatnya kerana asyik dimarahi kerana pelbagai isu di Twitter.

Bagaimanapun, Fathia masih tidak memberi sebarang reaksi berikutan kecaman-kecaman terbaru yang diterimanya.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: