Bakal menimang cahaya mata tidaka lama lagi, pasangan Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Ismail Sabri telah mengadakan majlis 'baby shower' bersama keluarga mereka kelmarin.

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dikongsikan oleh Nina dan Jovian menerusi laman Instagram milik masing-masing.
Dalam majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu menyaksikan Nina menggayakan busana berwarna pink pastel.
Klik untuk gambar besar

Selain Nina kelihatan sungguh comel dan gembira, gelagat lucu suaminya yang memakai 'tutu skirt' sambil menari turut mendapat perhatian pengikut IGnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Instagram pasangan ini meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat bayi mereka dan mendoakan kesejahteraan Nina semasa bersalin kelak.














www.myartis.com / Foto: Nina Sabrina IG & Jovian Mandagie IG
________________________

No comments:
Post a Comment