25 September 2017

42 FOTO - KEMERIAHAN PERSANDINGAN KALI KE-2 NORMAN-MEMEY & ABBY-JAI


Semalam Norman Hakim, 41, dan bekas isterinya, Abby Abadi, 40, telah membuat keputusan untuk bertemu di pentas persandingan bersama pasangan masing-masing.





Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulangtahun ke-6 perkahwinan Norman dan isterinya, Memey Suhaiza, 29, yang disambut pada 24 September.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby yang bertemu jodoh dengan Jai Ezzany atau nama sebenranya Muhammad Faizal Zakaria, 43, pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman berkata tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

"Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua," katanya.



Sementara itu, Abby berkata majlis ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi membuktikan kepada masyarakat bahawa Islam agama yang mendamaikan.

"Syukur Alhamdulillah Allah satukan hati kami. Saya sayang Memey, Norman dan suami dan keluarga besar ini," tuturnya.

Dua pasangan mempelai ini diraikan pada majlis bertemakan Islamik Vintage yang turut disertai anak-anak mereka.

Selain meraikan persandingan kedua-dua pasangan ini, majlis doa selamat diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dengan Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, yang bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki, Oktober depan.



Selain Danish, Norman dan Abby turut dianugerahkan dua lagi anak iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Manakala Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 hasil perkahwinan dengan Memey.

Persandingan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.

Selain Norman, pasangan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah juga pernah bersanding kali kedua sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-5 pada Februari lalu.














































































www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: