25 September 2017

ISU CIUM FATTAH & JANNA - FARA MENDOZA TAMPIL MOHON MAAF


"Assalamualaikum ... Di sini Saya ingin MEMOHON MAAF 🙏😭 kepada semua pihak di sebabkan post IG story itu, saya tak ada niat pun nak melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa.





"Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan saya dan saya mengakui ianya dari kesilapan khilaf saya yang tak sengaja.

"Harap selepas ni tak ada yang cuba membesarkan lagi hal ini," ujar pelakon Fara Mendoza yang tampil memohon maaf atas perbuatannya merakamkan adegan cium antara Fattah Amin dan Janna Nick.

Menurut Fara, dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi berkenaan dan melukakan hati hati mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar


"Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan, semua yang buruk datang dari diri saya sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT. Amin #BuangYgkeruhAmikygJernih #DoaYgBaikBaik #FikirYgBaikBaik," tulisnya.

Terdahulu, salah satu adegan di dalam drama adaptasi Korea, 'Coffee Prince' itu menunjukkan Fattah dan Janna seolah sedang bercium dan melaga-laga pipi diantara satu sama lain.

Aksi yang dimuatnaik itu, sekaligus mencetuskan perbalahan diantara peminat yang mempertikaikan tahap pendidikan agama kedua pelakon terbabit yang beragama Islam.



Bagaimanapun, selaku pengarah drama, Micheal Ang menafikan kontroversi itu dan menyifatkan dirinya sedar sebagai rakyat Malaysia, beliau masih peka dengan isu sensitif seperti itu.

Menurutnya beliau hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah Janna dan tiada sentuhan kulit berlaku.

'Coffee Prince' versi Malaysia dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: