15 September 2017

ELFIRA LOY BERGAYA DENGAN KERETA PERTAMANYA, MERCEDES-BENZ


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Elfira Loy kerana berjaya mengejar cita-citanya sehingga menjadi kenyataan apabila berjaya memiliki kereta pertamanya, sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class A200.





Kata Elfira, ini adalah hasil dari keuntungan berniaga di bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Saya sudah lama memiliki lesen, cuma tidak mempunyai keyakinan untuk memandu bersendirian. Kebetulan, hasil jualan menerusi jenama Elfira Loy sepanjang Ramadan lalu begitu memberangsangkan.

"Jadi, ibu yang menjaga akaun perniagaan membantu menguruskan pembelian kereta idaman itu. Saya terkejut ketika mahu keluar bekerja, kenderaan itu sudah ada di depan rumah," tuturnya yang teruja.

Ditanya bagaimana dia melakar kejayaan pada usia muda, Elfira memberitahu, sepanjang 10 tahun pembabitan dalam dunia seni, sebahagian daripada hasil pendapatannya akan diasingkan sebagai simpanan.

Klik untuk gambar besar


Sekiranya mahu membeli sesuatu, Elfira berkata yang dia akan berusaha mendapatkan barangan yang menjadi impiannya itu menerusi perniagaan.

"Saya tidak akan membeli barangan yang diinginkan menggunakan wang hasil lakonan. Ia hanya digunakan untuk barangan keperluan harian dan berkaitan kerjaya seni.

"Jika saya mahukan sesuatu, saya akan berusaha seperti memulakan perniagaan," tuturnya.

Nampak mudah dan senang tapi pastinya disiplin dan juga kerja keras merupakan perkara utama yang menjadikan pelakon ini berjaya di usia muda.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: