14 September 2017

JAM TANGAN MEWAH LEBIH RM45K - BEKAS SUAMI MARISSA YASMIN GAGAL TUNTUT


Bekas suami kepada seorang pelakon, Marissa Yasmin iaitu Muhzir Mohd Zainuddin seorang ahli perniagaan, terpaksa menerima selepas tuntutannya terhadap bekas isterinya ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.





Difahamkan, tuntutan Muhzir terhadap bekas isteri adalah memulangkan empat jam tangan mewah iaitu IWC Ingenieur, Zenith Open Heart, Taq Hever dan T Touch yang bernilai lebih RM45,000. Selain jam tangan itu, Muhzir turut menuntut beberapa dokumen.

Hakim Syarie, Firdawaty Mohammad membuat keputusan itu terhadap plaintif, Muhzir Mohd Zainuddin.

Dalam keputusannya, beliau berkata, mahkamah mendapati plaintif tidak membuktikan kewujudan dan tempat simpanan empat jam berjenama di dalam rumah tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Plaintif tidak menghadirkan saksi untuk untuk mengesahkan kesemua barang-barang tersebut berada di dalam milikan plaintif dan disimpan di tempat itu serta dakwaan ia diambil defendan," katanya.

Menurut Hakim lagi, mahkamah juga mendapati terma pecah masuk yang digunakan Muhzir di dalam tuntutannya mengelirukan.

"Mahkamah mengulas bahawa memecah masuk tidak dijelaskan kerana plaintif dalam keterangan semula mengakui tidak menghalang defendan kerana masih dalam proses penceraian," jelasnya.



Terdahulu, Muhzir dan Marissa telah berkahwin di Songkla, Thailand dan mendaftar perkahwinan mereka di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan pada 19 Januari 2011.

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun namun jodoh tidak panjang dan akhirnya bercerai pada Januari tahun lalu.

Pasangan ini sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan lafaz talak itu dilafazkan setelah Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria membenarkan dan meluluskan permohonan tersebut.


www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: