14 September 2017

DAPAT KEPUTUSAN - HAFIZ HAMIDUN TAK NAK ADA KAITAN DENGAN JOY


Semua mengetahui mengenai kemelut rumahtangga yang dihadapi penyanyi Hafiz Hamidun, 32, dan pengasas Merve Cosmetics, Joy Revfa, 30.





Hafiz ketika dihubungi menegaskan tidak mahu ada sebarang kaitan lagi dengan Joy selepas keputusan perbicaraan kes mereka dikeluarkan mahkamah, esok (Khamis).

Kata Hafiz lagi, dia juga sudah lama bersiap sedia untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga dengan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin.

"Saya sudah lama bersedia dan nak selesaikan dengan cepat. Namun, untuk esok (14 September 2017) perbicaraan saya tidak ada buat persediaan apa-apa.

Klik untuk gambar besar


"Semuanya diuruskan oleh peguam saya. Dia yang sediakan segala dokumen untuk perbicaraan kes yang difailkan oleh Joy.

"Selepas dapat sahaja keputusan, saya tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Banyak lagi perkara yang saya perlu uruskan," jelasnya.

Pada 21 Ogos lalu, Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan.

Pihak Joy akan mengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu sah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.



Konflik rumah tangga antara Hafiz dan Joy timbul apabila status perceraian wanita itu dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sudah menetapkan 19 September ini untuk pendengaran permohonan pengesahan pernikahan antara Joy dan bekas suaminya Datuk Ray Imran atau Ray di Thailand pada 2015.

Hafiz dan Joy diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: