14 September 2017

SOLEKAN LAUDYA KETIKA NIKAH DIKRITIK - IVAN GUNAWAN TAMPIL JELASKAN


"Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang membuatkan solekan Bella kurang menyerlah antaranya ialah pencahayaan yang kurang di ruangan tersebut sehingga membuatkan solekan itu mendapat kritikan.





"Sebenarnya itu merupakan perkara penting untuk menampakkan wajah Bella kelihatan cantik kerana bagi saya solekannya bagus dan sempurna.

"Kita juga harus mengambil kira mengenai jenis kamera yang digunakan kerana ketika itu jika semua orang mahu bergambar dan ia juga akan menganggu kualiti imej yang dirakamkan," kata pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.

Klik untuk gambar besar


Ivan diminta menyatakan pendapatnya mengenai kritikan diberi oleh netizen terhadap solekan wajah pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella ketika majlis pernikahannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Pada 8 September lalu, Laudya telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur.

Pasangan yang menjadi perhatian peminat seni di Malaysia dan Indonesia itu dinikahkah oleh bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 dengan sekali lafaz.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: