14 September 2017

11 GAMBAR - ALIFF AZIZ & ISTERI SAMBUT ANNIVERSARY PERTAMA


Umum mengetahui rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sebelum ini bergolak dek kerana kehadiran orang ketiga.





Biarpun begitu, hati seorang isteri dan naluri seorang ibu membuatkan Bella tetap ingin mempertahankan perkahwinan yang dibina meskipun dirinya sendiri menjadi saksi kecurangan suami tersayang.

Untuk makluman, pada tanggal 9 September merupakan ulangtahun pertama perkahwinan Aliff dan Bella dan pasangan ini telah menyambutnya kelmarin (12 September).

Dalam perkongsian gambar sekitar sambutan tersebut, pasangan itu kelihatan bahagia sekali makan malam bersama di sebuah restoran yang dihias dengan cukup romantis.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aliff telah membuat kapsyen menyatakan penghargaannya kepada Bella kerana kekuatan, kesabaran dan belas kasihan dan juga sikapnya yang tidak bergantung pada orang lain.

Manakala kapsyen di Instagram Bella pula, dia turut memberikan ucapan bermakna selain mengharapkan suaminya itu bersikap lebih matang selepas ini.

Disamping itu, Bella ada juga memberi kata-kata nasihat dan memperingatkan sesetengah pihak perkara tidak baik yang dilakukan pada orang lain mungkin akan berbalik semula, jika tidak pada diri sendiri, mungkin pada anak cucu.



Rata-rata peminat turut tersentuh dengan ketabahan Bella yang sanggup memaafkan Aliff dan memberi peluang kedua buat suaminya itu.

Buang yang keruh ambil yang jernih, itulah perumpamaan yang dapat digambarkan oleh pasangan bahagia ini.

Apapun, kita ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana telah berbaik semula dan diharap kontroversi yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi selepas ini.
















www.myartis.com / Sumber: Aliff Aziz IG & Bella Astillah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: