14 September 2017

ANAK BELUM LAHIR SUDAH ADA IG - AMYRA & AMAR TERIMA KRITIKAN


Kita semua sedia maklum bahawa isteri kepada pelakon Amar Baharin, Amyra Rosli dijangka melahirkan anak sulung mereka pada bulan Oktober ini.





Bagaimanapun, anak Amyra dan Amar yang masih dalam perut itu sudah mempunyai akaun Instagram sendiri dengan nama 'Amyramarjr'.

Bayi lelaki pasangan ini nampaknya sudah mempunyai 15,200 pengikut di laman Instagram.

Namun begitu, akaun terbabit diletakkan dalam mod peribadi dan dilihat sudah mempunyai 30 gambar tetapi tidak pasti pula gambar apa yang dimuatnaik.

Nampaknya... kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial untuk anak mereka. Pasti semua peminat Amyra dan Amar tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi itu bukan.

Klik untuk gambar besar


Namun seperti biasalah pasti ada yang tidak senang dengan perkara tersebut, mana mungkin bayi yang belum lahir sudah ada Instagram kan.

Manakala di laman Twitter pula, ramai menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pasangan itu kerana melihat tiada keperluan mencipta akaun seperti itu sebelum bayi lahir.

Malah ada juga yang agak kasar memberikan pendapat jika sesuatu terjadi kepada kandungan itu. Mungkin kerana peminat sayang dan mengambil berat tentang pasangan ini.

Apapun semoga perjalanan Amyra melahirkan bayi sulung mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tidak sabar juga ingin melihat wajah bayi comel bayi sulung mereka di Instagram nanti!














www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: