26 September 2017

GARA-GARA FESYEN DI FFM29 - MIA SARA TERIMA KRITIKAN


Majlis Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah berlabuhkan tirainya malam Sabtu lalu dengan menobatkan filem 'Adiwiraku' sebagai Filem Terbaik FFM29.





Selain daripada kontroversi lawak Zizan yang dianggap melampau dan dikecam oleh netizen, tak kurang juga fesyen yang dipakai selebriti menjadi tumpuan ramai.

Apa yang menarik perhatian ramai pada majlis tersebut adalah pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang bakal genap usia 12 tahun pada 30 September ini.

Bukan sahaja artis wanita dewasa yang mendapat kritikan tetapi pelakon cilik ini turut menerima nasib yang sama.

Selain pujian yang terima, ada juga yang mempertikaikan fesyen yang dipakai Mia Sara pada FFM29 baru-naru ini.

Klik untuk gambar besar


Dakwa mereka, busana berwarna merah yang digayakan Mia Sara itu mengikut potongan bentuk badan dan tudung dipakainya juga singkat hingga menampakkan bonjolan.

Dek kerana itu, pelakon filem 'Strawberi Karipap' ini telah dikecam hebat oleh netizen.

Umum mengetahui bahawa pelakon cilik itu mengambil keputusan untuk bertudung seawal berusia 11 tahun lagi.

Dalam masa sama, ramai juga yang masih tidak mempercayai Mia Sara kini sudah meningkat dewasa dan kelihatan begitu menawan.



Malah ada juga yang berfikiran positif dan berpendapat beliau masih dalam proses pembelajaran.

Kalau dilihat sekali imbas pun tidaklah begitu ketara dakwaan seksi yang dikatakan, tajam betul mata rakyat Malaysia.

Tetapi seperti biasalah, selagi bergelar selebriti, tidak kiralah berapa pun usia mereka pasti tidak akan lari dengan kecaman dan kritikan negatif.

Apapun, diharap Mia Sara terus kuat dan tabah membaca komen-komen tersebut.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: