16 September 2017

HAMPIR 9 TAHUN PAKAI PENDAKAP GIGI - SHAHIR BIMBANG MEMBUKANYA


Ramai yang tertanya bila bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) iaitu Shahir Zawawi, 29, akan membuka pendakap gigi yang hampir sembilan tahun memakainya.





Bagaimanapun kata Shahir, ada beberapa faktor yang membuatkann dirinya tidak membuka pendakap gigi tersebut sehingga ke hari ini.

Dalam masa sama, Shahir akui bahawa dirinya itu belum bersedia menanggalkannya kerana bimbang tindakan itu akan mengganggu persembahannya.

Kata Shahir lagi, dia enggan mengambil risiko itu terutama ketika sedang bersaing dalam program realiti terbaru, AF Megastar.

"Sudah lama sebenarnya saya memakai pendakap gigi hingga sering ditanya bila saya mahu membukanya. Antara faktor yang membuatkan proses itu tertangguh apabila saya sering bertukar-tukar doktor gigi.

Klik untuk gambar besar


"Hampir sembilan tahun memakainya, ia seperti sudah sebati dengan diri. Saya belum terfikir untuk membukanya dalam masa terdekat ini, terutama apabila membuat keputusan untuk bersaing dalam AF Megastar.

"Saya bimbang jika membukanya, nanti ia akan mengganggu sebutan dan cara nyanyian. Selama ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika membuat persembahan.

Jadi, biarlah dulu kerana lambat-laun, saya pasti akan menanggalkannya juga," ujarnya yang menyanyikan lagu sendiri 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' sehingga terpilih sebagai antara 12 finalis dalam AF Megastar.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: