16 September 2017

VIDEO SEKSI: "SAYA AKUI SALAH, TAPI ITU BUKAN FATHIA LATIFF" - NATASHA ELYZZA


"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.





"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut.

"Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," demikian kata pelakon baru Natasha Elyzza berhubung video yang tersebar selain mengakui kesalahan dan memohon maaf kepada semua pihak.

Dalam masa sama, Natasha juga turut menafikan wanita tersebut merupakan pelakon Fathia Latiff, seperti yang didakwa oleh netizen.

Klik untuk gambar besar


"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," jelasnya.

Baru-baru ini, kecoh satu Malaysia selepas sebuah video menunjukkan pelakon baru itu bersama seorang wanita yang didakwa ramai sebagai pelakon popular, Fathia Latiff.

Menerusi video yang dirakam live menerusi aplikasi Bigo itu, Natasha dilihat sedang berseronok dengan rakan-rakan wanita dalam sebuah bilik hotel termasuklah wanita mirip pelakon popular itu.

Video itu juga menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.



Sementara itu, Fathia ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan ini, enggan komen lanjut.

"Kalau boleh saya enggan komen mengenai perkara ini. Hanya Allah sahaja yang tahu," ujarnya ringkas.

Ketika ditanya apakah reaksinya apabila netizen mula menyerang laman Instagram miliknya, Fathia ada jawapan tersendiri.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah terdapat sebarang unsur sabotaj yang mahu dilakukan keatas dirinya tatkala video tersebut tersebar, Fathia juga memberikan jawapan serupa.

"Biarlah, jika netizen meninggalkan komen negatif, saya dapat pahala. "Hanya Allah sahaja yang tahu," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: