10 September 2017

ISTERI HAFIDZ ROSHDI SELAMAT LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan buat pelakon Hafidz Roshdi, 23, yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.30 pagi semalam.





Kata Hafidz, bayi sulung itu dilahirkan secara normal dengan berat seberat 2.7 kilogram di sebuah pusat perubatan di Klang.

"Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Saya sangat terharu dan tidak sangka sudah bergelar bapa pada usia masih muda.

Klik untuk gambar besar


"Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya yang gembira .

Ditanya mengenai nama anaknya, Hafidz berkata, buat sementara waktu dia belum bersedia untuk berkongsi tetapi berjanji akan mengumumkannya kelak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April tahun lalu selepas lima bulan bertunang.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: