10 September 2017

21 FOTO: MAJLIS BABY SHOWER - AMYRA & AMAR BAKAL TIMANG 'BABY BOY'


"Alhamdulillah, saya akan melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi. Kalau nak ikutkan dijangka bayi lahir pada penghujung bulan Oktober.





"Kini kandungan saya sudah memasuki 33 minggu, tinggal beberapa minggu saja lagi," kata pelakon Amyra Rosli, 26, ketika majlis Baby Shower bertemakan 'barn' yang diadakan semalam di Happi Kiddo, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Suami kepada Amyra yang juga seorang pelakon iaitu Amar Baharin berkata yang dia sangat teruja menantikan saat kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menurut Amar, 32, dia seronok berkongsi pengalaman ketika isterinya hamil di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


"Rasanya semua lelaki berasa teruja seperti saya. Saya suka berkongsi pengalaman Amyra ketika dia hamil di Instagram supaya peminat dapat mengikuti perkembangan kami.

"Tambahan pula Amyra ini tidaklah susah nak dijaga. Dia tak meragam dan mengidam bukan-bukan," ujarnya yang bernikah dengan Amyra pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Kalau dilihat pada Instagram pasangan ini juga memang banyak gambar Amyra yang sarat hamil, malah ramai juga turut memuji wajah pelakon itu yang semakin berseri sejak berbadan dua.

Apapun semoga segala persiapan menyambut kelahiran orang baru berjalan dengan lancar buat pasangan ini.








































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: