19 September 2017

ISU BIGO LIVE: "BAGI PELUANG BAIKI DIRI" - NATASHA ELYZZA MOHON MAAF


"Saya minta maaf di atas perkara yang telah dilakukan. Saya akui ia adalah tindakan bodoh dan saya belajar daripada kesilapan. Tasha mengaku Tasha dah conteng arang dekat muka ramai orang.





"Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi masih silap Tasha buka bigo tu," kata pelakon baru Natasha Elyzza yang akui menyesal dengan kelakuannya.

Dalam masa sama, Natasha berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki dirinya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan di laman sosial.

"Tasha minta maaf sangat-sangat. Tasha tahu ramai orang marah Tasha, tapi sejujurnya Tasha harap orang semua dapat maafkan Tasha dan bagi peluang untuk Tasha baiki diri Tasha," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Natasha yang menyifatkan perkara yang dilakukannya itu sebagai tindakan yang kurang bijak itu telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak secara terbuka menerusi akaun Instagramnya kelmarin.

Bagaimanapun, pelakon drama 'Cinta Roller Coaster ' dan filem 'Kimchi Untuk Awak' ini masih lagi menutup ruangan komen Instagramnya.

Terdahulu, Natasha telah mencetuskan kontroversi melibatkan nama pelakon wanita, Fathia Latiff apabila rakaman video menerusi sebuah aplikasi tersebar di media sosial.

Intipati rakaman video yang tersebar itu pula dikecam oleh ramai pihak kerana penampilan Natasha yang seksi dan seorang lagi gadis yang dikatakan Fathia juga turut menari sambil menunjukkan asetnya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Media Hiburan & Natasha Elyzza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: