19 September 2017

TUNJUK 'KEKAYAAN' - DATO' SERI VIDA KENA KECAM


Gara-gara gambarnya berbaring di dalam bathtub bersama timbunan duit baru-baru ini, Dato' Seri Vida telah menjadi mangsa kecaman.





Gambar yang menjadi perhatian tersebut dikongsikan oleh Reen Imran menerusi laman Instagramnya.

Bahagian komen di Instagram Reen yang terlibat dalam penggambaran video klip lagu Dato' Seri Vida menjadi medan perdebatan di antara haters dan juga pengikut jutawan kosmetik tersebut.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada komen, ada yang menyifatkan bahawa Dato' Seri Vida terlalu bongkak dengan kekayaan yang dimiliki sehingga melupakan Tuhan.

Seperti kebiasaan, perkara negatif begitu sememangnya tidak berjaya meraih perhatian Dato' Seri Vida.

Malah ada juga yang menyatakan bahawa komen-komen negatif yang ditinggalkan tersebut datangnyya daripada mereka yang dengki dengan kekayaan dimiliki Dato' Seri Vida.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: