20 September 2017

JATUH PENTAS DA'I - LUFYA MOHON DOA AGAR KANDUNGAN 8 BULAN SELAMAT


Bekas penyanyi dan pelakon Lufya Omar, 32, yang sedang hamil lapan bulan memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas terjatuh dari pentas Ahad lalu.





Dalam masa sama, Lufya juga memohon agar orang ramai mendoakan supaya bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat dan kecederaan yang dialaminya beransur pulih.

"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih," ujarnya.

Menurut Lufya, kejadian buruk itu berlaku apabila dia tidak perasan sudah berada di hujung pentas setinggi satu meter.

Klik untuk gambar besar


"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.

"Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas.

"Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh," jelasnya.



Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar dimasukan ke Pusat Perubatan Tropicana sejurus selepas kejadian berkenaan. Namun, dia kini sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

Dalam pada itu, isteri kepada Che Mohammad Hafiz ini dan kandungannya masih dalam pemerhatian pihak doktor akibat kejadian itu.

"Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: