20 September 2017

PENGESAHAN NIKAH - JOY REVFA & BEKAS SUAMI TUNGGU KEPUTUSAN


Pada 28 September ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bakal memutuskan pengesahan pernikahan ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahman dan usahawan kosmetik, Joy Revfa.





Menerusi laporan Sinar Harian semalan, Datuk Rayus dan dan Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin telah melengkapkan kesemuanya dokumen.

"Hari ini (semalam) saya dah peguam Joy telah memfailkan afidavit keterangan dan dokumen tambahan kepada mahkamah bagi melengkapkannya.

"Sekiranya tiada apa-apa, mahkamah akan membuat keputusan pengesahan nikah saya dan Joy pada tarikh berkenaan," katanya.

Peguam syarie yang mewakili Joy, Aznod Suhaida Dollah mengesahkan perkara itu.

Klik untuk gambar besar


"Mahkamah memerlukan masa untuk meneliti dokumen yang difailkan sebelum keputusan dibuat," katanya.

Sementara itu, ditanya hubungan dengan Joy, Datuk Rayus mengakui ianya bertambah baik.

"Kami saling berhubungan dan bertukar maklumat supaya proses mahkamah berjalan lancar," katanya.

Datuk Rayus dan Joy bernikah di Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013 dan dikurniakan seorang anak, Arryan Firdaus, berusia tiga tahun.



Pasangan itu didakwa telah bercerai melalui aplikasi WhatsApp selepas tiga tahun melayari rumahtangga.

Bagaimana pun pernikahan dan penceraian itu tidak pernah didaftarkan di negara ini.

Rentetan itu, suami terkini Joy, Hafiz Hamidun yang juga seorang penyanyi mendakwa pernikahannya dengan wanita itu Mei lalu tidak sah.

Kes tersebut juga sedang didengar di mahkamah ini setelah Joy memfailkan permohonan faraq terhadap Hafiz.


www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: