21 September 2017

LABUR 1 JUTA - DATO' VIDA NAFI RIAK, MAHU CAPAI TARAF ANTARABANGSA


"Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan.





"Se­nang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terke­sima juga saya dengan komen-komen mereka itu.

"Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham de­ngan konsep yang saya tonjolkan itu.

"Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.

"Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu 'I Am Me' dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu.

Klik untuk gambar besar


"Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya.

"Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah.

"Nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa," kata Dato' Seri Vida yang inginkan video klip 'I Am Me' mencapai taraf penyanyi antarabangsa seperti Taylor Swift.

Difahamkan, kos perbelanjaan membuat video klip untuk lagu ' I Am Me' ini mencecah RM1 juta dan ia memang satu angka yang cukup mengkagumkan.



Baru-baru ini, Datuk Seri Vida dek kerana gambar beliau dalam tab mandi yang dipenuhi wang kertas RM100 dan RM50 serta pelbagai barangan kemas mewah bagi menjayakan rakaman klip video 'I Am Me'.

Gambar yang dikongsikan oleh Reen Imran menerusi laman Instagramnya itu mengundang banyak kritikan dan pelbagai pendapat positif daripada orang ramai.

Apapun, semoga video klip 'I Am Me' ini akan menjadi viral dan mendapat jutaan tontonan daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Pastinya hasil yang akan dipampangkan adalah berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Vida. Sama-sama kita nantikan.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: