20 September 2017

NEELOFA DIPERTAHAN PAKAI JEANS KOYAK - ADIK TURUT DIKECAM


Ketika ini, Noor Neelofa yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan kini sedang bercuti bersama adik-beradiknya yang lain di Eropah.





Percutian Neelofa bersama adik-beradiknya itu ternyata menarik ramai mata yang turut sama mahu melihat keindahan alam di mana mereka pergi.

Namun begitu, cara pemakaian Neelofa menjadi perdebatan di laman sosial sehingga membuatkan kakaknya, Noor Nabila mempertahankan Neelofa.

Melalui gambar yang dikongsikan, Neelofa dilihat memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut sehingga mengundang komen berunsur kecaman mahu pun nasihat.

Klik untuk gambar besar


Dek kerana itu, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila tampil mempertahankan adiknya menerusi akaun Instagramnya pada baru-baru ini.

"Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci: Lofa pakai inner tau, dia pakai legging warna kulit, lofa cakap sorry sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai," kata Nabila di IGnya.

Sementara itu, dalam masa yang sama pakaian adik Neelofa, Nur Ameera Khan turut menjadi bahan kecaman di Instagram.



Dalam muatnaik beberapa gambar mereka bercuti, Ameera telah menggayakan baju yang cukup ringkas namun turut menampakkan bahagian perutnya dan bahagian belakang badan.

Perkara tersebut lantas mengundang rasa tidak puas hati terhadap adik Neelofa itu kerana ada warga laman sosial beranggapan pakaian tersebut adalah tidak sopan.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan adik Neelofa tidak matang dan seperti kebiasaan juga, wujud pengira dosa di bahagian komen. Bagaimana pertimbangan dosa dilakukan oleh mereka tidaklah kami ketahui.



Tindakannya itu menyebabkan bahagian komen tersebut dipenuhi dengan kecaman dan kritikan. Kebanyakan netizen turut mengaitkan ibu dan bapa Ameera yang tidak melarang anak gadis mereka daripada berpakaian seksi.

Sebelum ini, adik Neelofa yang berusia 16 tahun itu pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Apa yang pasti, ke mana sahaja dan apa saja keluarga ini lakukan, pastinya ia akan menjadi perhatian.












www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: