20 September 2017

"YA MEMANG SAYA, TAK TAHU BOLEH DITONTON RAMAI" - FATHIA LATIFF


Pelakon baru Natasha Elyzza sekali lagi bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah aktres Fathia Latiff apabila baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.





Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).

Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.

Namun semua itu tidak benar apabila Fathia tampil menjelaskan bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.

Klik untuk gambar besar


Menurut Fathia, dia tidak mengetahui bahawa rakaman Bigo Live tersebut boleh diakses oleh orang ramai, sebaliknya menganggap ia hanya boleh dilihat oleh mereka kawan-kawan rapat sahaja.

"Itu adalah saya. Saya dan kawan-kawan sedang 'hanging out' di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut.

"Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi. Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia.



"Saya tak pernah dengar pun tentang applikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat perit," jelas Fathia.

Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.

Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.



Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.

Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan.

Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.




ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: New Straits Time


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: