Dek kerana populariti ibu kandung Erra Fazira dan ibu tiri, Laudya Cynthia Bella, Engku Aleesya turut terkena tempias apabila kelompok peminatnya turut bergabung hingga akaun Instagram tidak rasmi diwujudkan di bawah nama @aleesyaholic.

Tempias populariti tersebut telah membuatkan kanak-kanak berusia lapan itu terbabit bukan saja dikenali di Malaysia, tetapi juga di negara seberang juga.
Sejak lima hari diwujudkan, laman bergambar dan video popular itu sudah mempunyai lebih 12,000 pengikut dan Erra sendiri dilihat mengiktiraf akaun peminat berkenaan apabila mengikutinya.
"Ia sesuatu yang di luar jangkaan saya. Tidak pernah terlintas langsung untuk melihat Aleesya meraih populariti seumpama ini. Namun, saya melihat ia dari sudut positif, iaitu betapa ramai orang sayangkannya.
Klik untuk gambar besar

"Senario sebegini juga tidak boleh dikawal kerana artis lain juga, tidak kiralah diri sendiri atau anak mereka, pasti ada akaun palsu. Cuma, harapnya akaun berkenaan tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi.
"Setakat ini, saya nampak ia masih terkawal. Saya ikuti semula akaun itu kerana sekurang-kurangnya dapat juga memantau dari masa ke semasa. Andai ada yang tak kena, saya pasti akan usahakan sesuatu," katanya.
Dalam pada itu, pelakon jelita ini juga sebenarnya sudah lama mewujudkan akaun rasmi anaknya di bawah nama @engku.aleesya001.
"Akaun itu memang saya yang wujudkan. Namun, saya tak muat naik apa-apapun lagi. Saya nak tunggu dia besar dulu," kata Erra yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran drama 'Gerak Khas' musim terbaru.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________

No comments:
Post a Comment