19 September 2017

NORA DANISH SAHKAN HAMIL 3 BULAN


"Saya gembira dengan berita ini, ...suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.





"Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

"Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini," kata pelakon Nora Danish, 35, sakaligus menjawab segala spekulasi netizen mengenai dirinya berbadan dua.

Nora mengesahkan dirinya kini sedang hamil tiga bulan hasil perkahwinan dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


Akhirnya selepas lima bulan mendirikan rumah tangga, Nora dan suaminya beroleh kebahagiaan berganda dengan kurniaan itu.

Sebelum ini, netizen berteka-teki mengenai kehamilan bintang 'Polis Evo' itu selepas melihat gambar Nora ketika menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran.

Gambar yang dikongsi di laman sosial itu jelas menampakkan Nora sedikit berisi dengan tanda baby bump.

Tambah pengusaha label fesyen 'Owl By ND' ini, meskipun suaminya pernah ada pengalaman mempunyai anak, namun perasaan gembira bukan kepalang.



"Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

"Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik," ujarnya.

Untuk makluman, Nora memiliki seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal daripada perkahwinan lalu dengan Rizal Ashram.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: