24 October 2017

AF MEGASTAR: DIKRITIK KEDEKUT - DATO' SERI ALIFF SYUKRI LUAH RASA BERANG


Konsert akhir Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) telah pun berakhir kelmarin dengan menobatkan Idayu sebagai juaranya.





Namun begitu, ada sesetengah netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana juaranya sahaja yang membawa hadiah wang tunai sedangkan ada finalis lain yang pulang dengan tangan kosong.

Penaja utama AF Megastar iaitu Dato' Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menjadi mangsa kecaman dan target netizen untuk meluahkan rasa tidak puas hati tersebut.

Sudah tidak tahan menerima pelbagai komen yang menyalahkan dirinya sahaja, Dato' Seri Aliff menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa berangnya.

Dalam kenyataan itu, Dato' Seri Aliff memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap program tersebut dan menentukan hadiah kepada pemenang meskipun sudah menaja jutaan ringgit.

Klik untuk gambar besar


Biasanya bukan semua penaja dapat melakukan sesuka hati mereka untuk menentukan susun atur sesebuah program televisyen meskipun sudah melabur jutaan ringgit. Apa-apapun, kami harap Dato’ Seri Aliff bersabar.

Sementara itu, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam sidang medianya menjelaskan kesemua peserta yang bertanding pada malam itu mendapat hadiah masing-masing.

Bagaimanapun ia tidak disebutkan secara terbuka malah setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun dan bukannya bertanding secara percuma.

"Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu.



"Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar.

"Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah," jelasnya.

Pada pertandingan akhir itu, Idayu menerima hadiah wang tunai RM100,000 selain pakej percutian 10 hari tujuh malam untuk dua orang ke Turki selain hadiah sampingan lain berserta trofi.

Selain Idayu, empat finalis Af Megastar lain adalah Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.




www.myartis.com / Sumber: Dato' Seri Aliff IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: