24 October 2017

AKUI ERRA FAHAM SITUASINYA - SHAHIR ENGGAN LAYAN DAKWAAN MONA


"Saya sendiri bercakap dengan dia (Erra) tak ada masalah, sebab tu dia sendiri pun rasa macam akhirnya kita sendiri tak faham dengan benda apa yang berlaku ni.





"Dia (Erra) hidup sebagai anak seni dia lebih faham tentang kehidupan seorang selebriti, yang akan adalah benda-benda macam ni.

"Jadi, saya ada bercakap dengan dia, dan dia faham akan situasi ini," kata penyanyi Shahir Zawawi yang ditemui sebaik sahaja selesai konsert final AF Megastar malam kelmarin.

Kita semua mengetahui mengenai kontroversi hangat yang melanda bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) sebelum pentas akhir AF Megastar berlangsung.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, kontroversi tersebut tidak menjejaskan hubungannya bersama Erra yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

Malah, Shahir menegaskan perkara tersebut adalah lumrah asam kehidupan bagi sesiapa yang bergelar anak seni.

Tambahnya lagi, kontroversi itu tidak menjejaskan secara keseluruhan persembahannya pada malam kelmarin.

Bukan itu sahaja, malah sebelum ini juga Shahir turut berkata ada juga gosip-gosip yang cuba untuk menjatuhkan reputasinya.



"Alhamdulillah, sekarang orang nilai sendiri dan sebab tu saya tak terganggu dan teruskan kerja saya. Matlamat saya adalah untuk menghargai jasa peminat yang menyokong saya selama ini.

"Saya sebelum ini, bukannya kisah ini sahaja, ada juga kisah yang lain yang nak memalukan saya. Tapi saya serahkan pada Allah. Sebab saya kalau benda tak berapa besar, saya tak nak besarkan.

"Bukan pertama kali berhadapan dengan perkara seperti ini, saya harap benda ni sedikit sebanyak pengalaman dalam hidup," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir memberiathu yang dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Mona Syamimi dan berharap khalayak dapat memberi penilaian sewajarnya tentang isu berkenaan.



Shahir dalam masa sama mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai dakwaan Mona iaitu keluar bersama dan menghantar mesej-mesej berbaur luahan perasaan cinta.

"Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu kenapa dia menuduh saya melakukan perkara tersebut. Saya tidak mahu komen lanjut, biarlah orang luar membuat penilaian sendiri tentang perkara ini," jelasnya.

Ditanya apakah tindakannya jika Mona masih lagi mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan dirinya selepas ini, Shahir memilih mendiamkan diri dan membiarkannya.

"Sebagai seorang lelaki, perasaan marah itu ada. Namun, selepas mendapatkan nasihat orang yang lebih berpengalaman, lebih baik saya mendiamkan diri dan membiarkan sahaja perkara itu ditelan waktu," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: