21 October 2017

AF MEGASTAR - ERRA PUJUK SHAHIR UNTUK TERUS BERJUANG


"Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis. Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya.





"Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat. Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya.

"Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu," kata Erra Fazira sambil memberitahu yang beliau berjaya menghubungi Shahir Zawawi petang semalam untuk memintanya terus bersaing dalam final AF Megastar.

Aktres dan penyanyi terkenal itu percaya ramai peminat Shahir mahu melihat penyanyi itu bersaing pada peringkat akhir AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

Klik untuk gambar besar


Erra yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu berharap agar Shahir dapat terus memberikan tumpuan pada pertandingan itu yang kian menghampiri kemuncaknya.

Dalam masa sama, Erra juga menganggap sudah menjadi rezeki Shahir untuk melangkah ke final program terbabit, tetapi pada masa sama beliau turut berdepan dugaan.

Kelmarin, Shahir menerusi laman Instagram telah meluahkan hasrat untuk menarik diri daripada program itu disebabkan tertekan dengan kontroversi membabitkan hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' itu turut menyifatkan kontroversi terbabit sebagai usaha untuk mensabotaj diri dan kerjayanya.

Tambah Erra lagi, beliau percaya ada hikmah yang terselindung di sebalik segala apa yang terjadi.

"Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya.

"Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya," ujarnya yang pernah meletup dengan lagu 'Yang Terindah Hanya Sementara'.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: