Menerusi laman Instagram, pelakon Amyra Rosli telah meluahkan rasa terharu dan terima kasih buat suaminya, Amar Baharin atas kejutan diberikan kepadanya iaitu menghadiahkan sebuah kereta.

Dalam muatnaik itu, Amyra berkongsi gambar bayinya yang sedang memegang kunci kereta yang dihadiahkan.
"Kehadapan Daddy... Anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami.
"Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. We love you @amarbaharin," tulis Amyra.
Klik untuk gambar besar

Amar memberi hadiah tersebut kepada isteri kesayangannya itu sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan Amyra melahirkan anak sulung lelaki mereka.
Alahai... bertuahnya Amyra mendapat seorang suami seperti Amar yang bukan sahaja romantik tetapi penyayang!
Untuk makluman, Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, pasangan yang bernikah pada 11 November 2016 itu masih belum mengumumkan nama anak mereka kepada peminat.



www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment