21 October 2017

MONA SYAMIMI: SYAMEL AKUI KENAL, ENGGAN TERBABIT - EWAL PERNAH JADI MANGSA


"Malahan, bukan saya dan Shahir sahaja, terdapat beberapa bintang program realiti lain yang cuba dihampiri oleh Mona. Modus operandinya boleh dikatakan sama iaitu dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar.





"Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar 'direct message' (DM) untuk menghampiri mangsanya," kata penyanyi Ewal AF yang membuat pendedahan tentang pramugari 'Fireflyz', Mona Syamimi Samsudin.

Menurut Ewal dalam Utusan, beliau juga hampir menjadi mangsa perangkap Mona dan ia juga turut berlaku kepada peserta lain program realiti tersebut termasuk terkini penyanyi Shahir Zawawi.

Antara taktik yang digunakan oleh Mona adalah dengan bermain kata-kata manis untuk meraih perhatian dan mencairkan hati mangsanya.

"Mula-mula dulu ingat hanya saya seorang, rupa-rupanya ada beberapa rakan artis daripada program AF yang turut melalui pengalaman serupa," ujar Ewal lagi.

Klik untuk gambar besar


Nampaknya pendedahan Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz ini memberikan gambaran perkara sebenar yang berlaku.

Sementara itu, selain Ewal, finalis AF Megastar, Syamel turut pula mengaku pernah keluar dengan wanita yang kini dikaitkan dengan Shahir.

Menerusi Harian Metro, nama Syamel disebut dalam perbualan WhatsApp antara Shahir dan Mona, yang didedahkan kepada wakil akhbar itu.

Namun kata Syamel, dia keluar beramai-ramai dan tidak pernah keluar berdua dengan wanita itu.



"Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

"Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya," jelas Syamel.

Melalui pendedahan Mona, Shahir memberitahu dia kurang selesa apabila Mona bercakap tentang lelaki lain dengannya.

"Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain," tulis message tersebut.



Dalam artikel kelmarin, Mona memberitahu yang dia terasa hati apabila Shahir mendakwa dia hanyalah peminat AF Megastar sedangkan baginya hubungan mereka lebih dari itu.

Mona mendakwa mereka berjumpa setiap hari dan berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp dan FaceTime.

Malah, Shahir juga didakwa meluahkan perasaan rindu dan sayang kepada Mona dalam perkenalan yang berlangsung selama sebulan itu.

Adakah segala kontroversi yang menghimpit Shahir adalah cubaan untuk mensabotaj karier seninya? Sama-sama kita nantikan perjelasan yang seterusnya.




www.myartis.com / Sumber: Utusan Online & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: