21 October 2017

GOSIP DENGAN PEMBANTU PERIBADI - KAKAK DATO' SERI VIDA TAMPIL BERSUARA


Kita semua mengetahui yang pembantu peribadi Dato' Seri Vida, 46, iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, ada membuat pengakuan bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan Dato' Seri Vida.





Malah, ibu Iqbal yang berusia 49 tahun juga tidak menolak sekiranya pengasas Vida Beauty itu dijodohkan dengan anak lelakinya dan menjadi menantunya.

Bagaimanapun, anak perempuan Dato' Seri Vida yang berusia 12 tahun, CIk B, melalui kapsyen yang ditulis di Instagram, awal-awal lagi menolak untuk menerima Iqbal menjadi bapa tirinya.

Terkini, orang kuat Dato' Seri Vida iaitu kakaknya Azizah Othman, 47, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah juga hairan dengan gosip yang timbul.

Dia memberitahu yang dia ada menghubungi pembantu peribadi adiknya, Iqbal bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang timbul.

Klik untuk gambar besar
IKBAL BERSAMA IBUNYA


Bagaimanapun, dia tidak mendapat kerjasama yang baik dari Iqbal dan berharap gosip itu tidak terus disensasikan kerana ia mampu mencalarkan reputasi usahawan popular itu.

"Saya ada menghubungi Iqbal bagi mendapatkan penjelasan mengenai gosip yang timbul, namun gagal mendapatkan kerjasama daripada pihak beliau.

"Hubungan mereka sekadar majikan dan pekerja, namun dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Gosip yang timbul ini mampu mencalarkan imej Datuk Seri Vida sebagai usahawan kosmetik, kerana saya bukan saja memandang dari sudut peribadi, sebaliknya dari aspek kerjaya juga.



"Saya tidak mahu orang memandang rendah terhadap beliau kerana sering terpalit dengan gosip sebegini.

"Bagaimana beliau yang mempunyai reputasi tersendiri boleh mempunyai hubungan dengan pembantu peribadinya pula?," katanya.

Bagi Mak Jah, isu itu tidak perlu disensasikan kerana tuan punya badan tidak ada di tanah air kerana menunaikan ibadat umrah.

"Kalau boleh, memang lebih baik tunggu sehingga beliau pulang daripada umrah, tetapi saya tidak mahu perkara ini disensasikan lagi.



"Biarlah Dato' Seri Vida beribadat dengan tenang dan jangan membebankan dirinya dengan gosip sebegini," ujarnya.

Apa yang menarik, Dato' Seri Vida ada memberitahu bahawa siapa saja lelaki yang bakal dikahwininya perlulah direstui anak dan kakaknya.

Sebenarnya, mungkin terlalu awal untuk perkara ini dibangkitkan, namun jika Iqbal benar-benar serius, dia haruslah bekerja keras membuktikan keikhlasan hatinya untuk mengelakkan tanggapan negatif masyarakat.

Apatah lagi, Dato' Seri Vida baru saja berpisah dengan suaminya yang ketiga. Anda rasa?


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: