20 October 2017

LUAH PERASAAN TARIK DIRI: "SHAHIR MASIH LAGI PESERTA AF MEGASTAR" - ASTRO


Pada petang semalam, penyanyi dan pelakon Shahir Zawawi, 29, telah meluahkan hasrat untuk menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar yang akan belangsung pada Ahad ini (22 Oktober 2017).





Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu berkongsi perkara berkenaan menerusi muatnaik terbarunya di laman sosial Instagram, sebentar tadi.

Menerusi muatnaik tersebut, penyanyi 'Aku Yang Berdosa' ini dilihat mengambil keputusan itu demi merealisasikan impian pihak yang cuba mensabotaj karier seni dia dengan bertujuan menutup periuk nasinya.

Shahir berbuat demikian ketika beliau dilihat semakin terjerut dalam kontroversi membabitkan hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, stesen televisyen Astro memberi jaminan bahawa penyanyi kelahiran Kampar, Perak itu tidak menarik diri dalam pertandingan akhir AF Megastar.

Jurucakap Astro dalam satu kenyataan memaklumkan, status Shahir untuk menarik diri seperti dikongsi di laman Instagram miliknya hanya luahan peribadi dia sahaja.

"Kami di pihak penerbitan AF Megastar kini sedia maklum mengenai status yang dimuat naik oleh Shahir di ruangan media sosial beliau. Namun begitu, kami merasakan ia merupakan luahan peribadi Shahir, secara individu.



"Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad," ujarnya kenyataan itu.

Tambah Astro, pihaknya juga yakin Shahir mampu bersikap profesional dan menamatkan pertandingan berkenaan.

"Kami yakin Shahir merupakan seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat beliau terutamanya sepanjang menyertai program ini," tambah kenyataan itu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: