20 October 2017

TAHNIAH - AZHARINA TIMANG ANAK ANGKAT KETIGA


"Asalamualaikum. Di Hari Cahaya ini bertarikh 18 October 2017... lahirnya Anak ke 3 ku 'King REDHA AZHARIN AZHAR'.. Syukur Alhamdulilah ku panjatkan ke Hadrat Allah Taala atas Kurniaan Rezeki ini 🙏🏻.





"Disaat Mummy di duga badai dan duri, Kau Hadir membawa sinar Cahaya dan keredhaan buat Kita sekeluarga. Alhamdulilah #azharina_a #azharinaangels," kata penyanyi Azharina Azhar yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Azharina telah memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelahiran anak angkat ketiganya yang merupakan seorang bayi lelaki, 'Redha Azharin Azhar'.

Menurut Azharina, pada bulan April yang lalu selepas anak angkat keduanya meninggal dunia, ada seorang ibu tunggal telah hadir kepadanya untuk memberikan bayi dalam kandungannya kepada penyanyi ini.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah ada orang bagi lagi, lepas arwah meninggal sebulan. Ada seorang ibu tunggal cari dan datang jumpa saya.

"Saya ingat kenapa dia nak cari saya dan bila jumpa dia telah menceritakan semua masalahnya dan dia nak bagi saya anak namun saya tidak menjawab 'ya' saya cuma bantu dia untuk pergi ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Kemuadian dia pun balik ke kampung," ujar Azharina.

Tambah Azharina lagi, sebulan selepas itu wanita tersebut telah menghubunginya semula dan berkata dia sememangnya mahu menyerahkan anak di dalam kandungannya itu kepada Azharina.

"Bulan September hari tu dia datang, saya bagi dia tempat tinggal, saya bagi dia makan minum pakai dan jaga dia sampai dia bersalin.



"Alhamdulillah syukur dia lhir hari ini (semalam) dengan berat badan 3.1kg, lelaki tengah hari tadi," katanya dengan penuh rasa syukur.

Akhir kata, penyanyi yang popular dengan lagu 'Elegi Sepi' ini memberitahu bahawa beliau sudah ditakdirkan menjadi ibu tunggal untuk menyelamatkan anak-anak ini.

"Syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka akan jadi anak yang soleh mithali dan boleh jaga saya nanti," tuturnya.

Begitu murni hati Azharina yang sanggup membantu kesusahan orang lain. Apapu, kami doakan semoga bayi comel ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: