20 October 2017

ERRA FAZIRA HARAP SHAHIR BERTANGGUNGJAWAB & BERANI SELESAIKAN


"Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini. Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi.





"Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan," ujar pelakon Erra Fazira, 43, yang berharap Shahir AF8 akan bertanggungjawab terhadap kontroversi yang tercetus dan berani menyelesaikan isu yang dimulakannya.

Enggan mengulas panjang mengenai perkara berkenaan, Erra yang turut dikenali sebagai penyanyi dan usahawan bagaimanapun percaya, pastinya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Tambah Erra lagi, beliau tetap mendoakan Shahir, 29, maju jaya dalam pertandingan AF Megastar yang akan mencapai kemuncaknya, Ahad ini.

Klik untuk gambar besar


"Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu," katanya yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran drama, 'Gerak Khas' musim baharu.

Ditanya mengenai status hubungan mereka yang dikatakan akrab sejak tiga tahun lalu, termasuk hasrat Shahir yang mahu menyuntingnya sebagai isteri awal tahun depan, ibu kepada Engku Aleesya itu enggan menyentuh hal terbabit lagi ketika ini.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita Shahir, 29, yang diketahui ramai menjalinkan hubungan bersama Erra, tiba-tiba dikaitkan dengan pramugari 'Fireflyz' dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin (Mimi).



Ia bermula apabila gambar Shahir bersama wanita berkenaan tersebar di laman sosial. Tambah hangat, keterangan gambar yang dilampirkan bersama gambar seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.

Shahir kemudian tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan Mimi adalah atas dasar peminat dan artis.

Bagaimanapun, kenyataan Shahir itu dinafikan oleh wanita itu dengan mengatakan hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai kawan




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: