Semua pasti mengetahui mengenai jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri yang sering sahaja mendapat perhatian dan terpalit dengan kontroversi setiap kali beliau ingin berkongsi sesuatu bersama pengikutnya di media sosial.

Terbaru, Aliff ada memuatnaik gambar KWSP miliknya berkat simpanan gaji dan ada menyatakan beliau mahu menggunakan wang hasil titik peluhnya itu untuk membayar deposit rumah baru di Pavillion.
Kata Aliff, niatnya memuatnaik posting tersebut adalah untuk memberikan motivasi kepada masyarakat diluar sana.
Dalam kenyataan yang dipaparkan, boleh dilihat dengan jelas hasil simpanan beliau di KWSP sahaja mencecah RM1.7 juta dan itu belum masuk wang tunai dan aset lain yang beliau miliki.
Klik untuk gambar besar

Namun perkongsian terbaru Aliff Syukri nampaknya mengundang rasa kurang senang orang ramai yang sekali lagi menempelak beliau dengan mengatakan yang dirinya seorang yang suka menunjuk kekayaan.
Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan Aliff Syukri ini yang dilihat sebagai memberi motivasi kepada semua lebih-lebih lagi mereka yang mahu membina perniagaan sendiri.




www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG
________________________

No comments:
Post a Comment