20 October 2017

ENGGAN DIKAITKAN DENGAN SHAHIR LAGI - MIMI AKUI SUDAH ADA KEKASIH BARU


"Untuk apa saya nak sabotaj dia seperti didakwa itu? Saya bukannya artis. Kalau saya artis barangkali saya ada niat sebegitu.





"Saya hanya orang biasa," jelas wanita yang dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, Mona Syamimi Mohd Samsudin yang menolak dakwaan konon apa yang berlaku sebagai usaha mensabotaj periuk nasinya.

Wanita yang mesra disapa Mimi itu sebaliknya hanya meminta Shahir memohon maaf kepadanya secara peribadi atas kenyataan yang didakwa palsu.

"Tak perlu untuk dia bersandiwara lagi. Benda sudah terang lagi bersuluh. Saya hanya mahu dia minta maaf saja kepada saya kerana sudah memalukan diri ini. Saya bukan peminat atau penyokongnya seperti yang dikatakan dia," tuturnya.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) sebelum ini menyifatkan hubungan mereka hanya berpaksikan artis dan peminat.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, kata Mimi bahawa hubungan mereka yang sebenarnya adalah sebagai kawan dan tidak seperti yang didakwa Shahir.

Dalam pada itu, Mimi juga berharap Shahir akan menjauhkan diri daripadanya dan enggan dikaitkan dengan peserta AF Megastar itu lagi selepas ini.

"Saya tak mahu dikaitkan dengannya lagi selepas ini. Jangan ganggu kawan saya lagi atas apa alasan sekalipun.

"Malah selepas muncul di FB Live Harian Metro tadi pun, dia ada hubungi saya. Tapi saya tak angkat.



"Sebulan lalu memang kami ada keluar bersama. Tapi kini saya sudah ada kekasih baru, seorang pemain bola," ujarnya.

Mimi juga berharap hubungan Shahir dengan artis yang dikatakan intim dengannya, Erra Fazira akan berjalan seperti biasa.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita Shahir yang diketahui ramai menjalinkan hubungan bersama Erra, 43, tiba-tiba dikaitkan dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi yang juga seorang pramugari 'Fireflyz'.

Ia bermula apabila gambar Shahir bersama wanita itu tersebar di laman sosial. Tambah hangat, keterangan gambar yang dilampirkan bersama gambar seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: