01 October 2017

BILA ISTERI NABIL MINTA BABY 'BOY' SEMPENA ANNIVERSARY


"Today the day we choose to live together. 6 years down, 2 sweet daughter and still WAITING for a boy 😁. Everyday we learn to understand each other even until today. Ada time, rasa senang, happy, paling bahagia, loved.





"Ada time marah, merajuk, jealous, crying. There’s one time, rase mcm xnak ckp lgsg pun ada 😄 But it’s good jgk sbb rase semua tu coz, if xde rse hmmm ur in danger zone.

"Janganla ckp marriage life ni perfect as u wish, paling boleh buat pun, doa dan tu la pun we do till today. As wife, what else could I asked for? Baby? New address? New steering? New purse? Absolutely YES!!!! 😁

"No la, all I wanted is happy family and and be loyal to me and baby boy pleaseee @kopi_k_sendiri ❤️ Happy anniversary daddy and love you," ucapan isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Klik untuk gambar besar


Pasangan Nabil Ahmad dan isteri, Zira Ayub nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan.

Tetapi sambutan kali ini, selain ucapan manis buat suami, Zira sempat mengusik Nabil dengan meminta seorang cahaya mata lelaki pula selepas ini.

Menerusi akaun Instagram, Zira telah memuatnaik sekeping gambar dirinya mengucup mesra suaminya sambil mengungkapkan kata-kata penghargaan buat Nabil sepanjang mereka berkahwin.



Sebagai isteri, pastinya bukan wang ringgit yang dipandang tetapi kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

Rata-rata perkongsian yang dimuatnaik Zira mendapat ucapan tahniah daripada peminat diatas ulangtahun perkahwinan mereka. Selain itu, peminat juga turut mendoakan hasrat pasangan ini dimakbulkan.

Harapnya doa Nabil dan isteri dimakbulkan dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang diingini. Apapun selamat ulangtahun perkahwinan kami ucapkan dan semoga perkahwinan yang dibina terus utuh dan bahagia buat selamanya.














www.myartis.com / Sumber & foto: @nabilzira, @zira.ayub & @Kopi_K_sendiri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: