01 October 2017

25 GAMBAR - NIKAHKAN ANAK, AZIZ M. OSMAN RASA SEBAK


Pada hari Sabtu (30 September 2017), anak perempuan sulung penerbit dan pengarah Aziz M. Osman dengan bekas isterinya, Datin Nor Aliah Lee Abdullah iaitu Puteri Nur Asyiqin Aziz, 24, selamat bergelar isteri kepada anggota kumpulan Devotees, Adi Akmal Sehrom, 31.





Ketika majlis tersebut, Aziz akui dirinya rasa sebak saat menikahkan anak perempuannya dan perasaan itu biasa bagi seorang bapa untuk melepaskan anak kesayangannya memandangkan hubungan mereka akrab.

"Perasaan sebak hendak melepaskan anak kesayangan kepada orang lain memang perkara biasa bagi seorang bapa tambahan pula ini pengalaman kedua saya.

"Tetapi Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dan saya sendiri menikahkan anak saya. Besar harapan saya agar dia dapat memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dengan baik selepas ini," katanya.

Difahamkan, Asyiqin dan Adi yang juga personaliti televisyen TV Al-Hijrah dinikahkan kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sekali lafaz.

Klik untuk gambar besar


Pada upacara yang diadakan di kediaman ibu pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 manakala RM15,000 sebagai wang hantaran.

Adi juga turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada Asyiqin manakala dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ditanya mengenai menantunya itu, Aziz menyifatkan Adi sebagai seorang lelaki yang budiman selain seorang yang mempunyai budi bahasa tinggi.

Kata Aziz lagi, dia kagum dengan keperibadian Adi kerana menantunya itu sentiasa bersikap positif dalam segala hal dilakukannya.



"Anak saya ini seorang yang sangat berdikari dan adakalanya panas baran tetapi Adi sentiasa tahu untuk menyejukkan hati Asyiqin dengan sikap-sikap positifnya.

"Sepanjang saya mengenalinya dia seorang yang penyabar dan sentiasa bercakap lembut malah tidak pernah menunjukkan reaksi wajah masam dan sentiasa tersenyum. Insya-Allah Adi mampu menjaga dan membimbing anak saya dengan baik," ujarnya.

Pasangan itu berkenalan sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sepupu Adi sebelum mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.

Adi dan Asyiqin telah diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu manakala majlis menyambut tetamu pula diadakan di Sungai Buloh, 7 Oktober ini.














































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: